Masalah memilih bakal pasangan hidup, perlu di beri perhatian di awal perkenalan dengan pasangan masing masing. Islam sangat bersifat selektif. Sebab itu di syarakkan diadakan fitrah pertunangan supaya terdapat jangka masa yang cukup untuk mengenali pasangan. Mengenali pasangan bukanlah pada dasarnya keluar berjalan-jalan dating dan berborak tanpa batasan. Konsep lima `K' diperkenalkan oleh Rasulullah s.a.w. iaitu "Kenal", "Kelas", "Kufu", "Kasih" dan akhir sekali "Kahwin".
1.KENAL
********
Kita di suruh kenal/takruf pasangan terlebih dahulu bukanlah dalam istilah luaran @ fizikal semata mata. Erti kenal termasuk hati budi dan pegangan hidupnya. Untuk kenal orangnya, hati budinya, pergilah di suruh dan di cari orang yang boleh di percayai agamanya merisik corak hidupnya dan per angainya.
2.KELAS
*********
Kita kenal tetapi kita kena bersifat pemilih supaya terjamin akhlak dan ugamanya. Kelas yang di maksudkan bukan hanya merujuk kepada golongan yang berkelulusan agama, berjanggut dan berserban sahaja. Kelas yang baik adalah golongan yang mengamalkan ajaran agama kerana golongan ini akan menghormati pertalian perkahwinan. Mereka yang ada kefahaman dan penghayatan Islam akan memegang perkara asas dalam Islam , sentiasa 'alert', sanggup MENERIMA TEGURAN dan MEMBERI TEGURAN dan saling bersifat 'MEMBINA' untuk menjaga akhlak dalam Islam.
3.KUFU
********
Kufu amat di beratkan, dari segi pendirian, pemahaman agama dan keturunan juga perlu di seimbang. Jika terdapat keturunan golongan atasan, wajar dia mencari keturunan yang sama supaya tidak wujud jurang yang dalam.
Begitu juga daripada segi harta , ulama yang bernama Mawardi menjelaskan ia perlu di titikberatkan kerana seseorang yang datang dari keluarga miskin, susah untuk seiring dengan keturunan kaya.
Bahkan ulama yang ke belakang ini juga mementingkan tahap umur.
Memang betul, soal jarak umur diantara Rasulullah 25 dan Siti Khadijah 40 tidak wujud kerana Rasulullah , Siti Khadijah dan Aisyah mempunyai akhlak yang sempurna. Dan tidak seperti kita yg serba cetek. Malah rupa dan fizikal wanita yang cepat rosak boleh di selaraskan kesesuaian dengan suaminya bila sudah lama berumahtangga.
4.KASIH
********
Kasih bukan bermakna berkasih atau bercinta tetapi yang sebenarnya yang di tekankan ialah di antara kedua dua belah pihak lelaki dan wanita itu perlu wujud unsur unsur kasih sebelum berkahwin. Merujuk kepada sebuah hadis... ...
"Tidak ada yang lebih baik bagi kedua pasangan yang berkasih ini melainkan mengakhirinya dengan perkahwinan"
Hadis Nabi ada menyatakan
"Barangsiapa yang berkahwin dengan wanita kerana KEDUDUKAN ia hanya mendapat kehancuran sebagai balasan, Barangsiapa yang berkawin dengan wanita kerana KEKAYAAN, Allah menjanjikan kemiskinan. Barangsiapa yang menikahi kerana KETURUNAN , Allah akan menghina keturunanya dan Barang siapa yang berkawin dengan NIAT BAIK dan kerana ALLAH demi menutup pandangan dan kemaluannya atau menyambung silahturrahim, Allah akan memberkati kedua duanya."
Keberkatan memang di titik beratkan. Apabila nawaitu/niat kita di pasakkan dengan betul. Insyallah perkahwinan akan diberkati dan di lindungi.Setiap gerak geri dan tindak tanduk mendapat pengawasan dan hidayah daripada Allah dan tidak timbul perselisihan faham.
Surah Al Baqarah:
"Janganlah kamu berkahwin dengan orang musyrik, kerana sesungguhnya berkahwin dengan hamba mukmin itu lebih baik daripada seorang musyrik walaupun cantik."
Saturday, May 30, 2009
" ARchiteCTURE for LIFE "
Posted by f@r@h at 19:14 0 comments
Wednesday, May 27, 2009
Tuesday, May 26, 2009
adush...
dlm bulan may ni banyak berita yg ak dpt..ada yg baik, ada yg teruk..tp itulah corak kehidupan..ada yg nsb lg teruk dr ak..apa yg ak nak cter dulu erk??
1st'ly mak ak kena terminate contract kat jm after 7 years kat sana but dye x nak buang coz still nak kilang bersih but dah x mampu..then lastly they make a decision to make mama stay there but cut the amount and only clean the toilet..apa2 aja la dr x ada apa..tp even peluang kat sana x ada tetiba ada kilang lain pggl mama bkk qua..bgs gak la..harap dpt la..elok sikit kehidupan kat umah ni banding dulu..
2nd'ly dgn sorang makhluk tuhan ni..x hbs x puas hati ngan ak..dye x suka ak..then dye buat semua in my clazz x yah kawan ngan ak..pantang ada yg baik ngan ak mula la dye menghasut x tentu pasl..naik muak ak ngan minah ni..kalo dye bgs sgt, kalo dye cerdik sgt, kalo konon ada link/kabel hebat sgt x yah la blaja kat tempat ni..x sesuai..plus konon kaya sgt g la kt mmu ker,lim kok wing ker..org yg br lepas dr cengkaman mak bapak..mcm culture shock lak..tp konon org kl..
3rd nya plk pasal internal family ak ni plk..ada la 1 family tu jenis x leh nak jaga hal rumah tangga sendiri..alamak ada ker rumah tangga lg?? duk sibuk nak jaga hal org lain..ada la 1 pekerja indon mama ni dah pregnant tetiba..mmg la x salah nak beranak tp if kejer ko sesuai x per la kan..plus siap report kt family kapochi tu kata mama mrh dye preg..kecoh cter kat kedai..pastu indon ni siap ckp disebalik mak ak la kan..ala kontrak di tamatkan x payah doa la apa2 lg..nasib je la..mgkk kepala jadah sedap ckp mcm tu..mak ak yg kutip wat permit dye sampai g indon sesama..x kenang budi..pastu family kapochi ni plk ada kes terberanak..pregnant is okay if sesuai ngan keadaan!!
Posted by f@r@h at 22:55 0 comments
Labels: family kapochi, indon bodoh, tamat
hairan
1. Bila kita ke EPF untuk menyemak caruman, dengan sekelip mata saja penyata dapat dikeluarkan melalui slip komputer, tetapi bila kita nak mengeluarkan simpanan, kena tunggu 5 hingga 6 bulan.
2. Bila kerjaan menetapkan hadlaju lebuhraya setakat 110km sejam sahaja, tetapi masih membenarkan penjualan kenderaan yang mampu melepasi hadlaju tersebut sehingga dua kali ganda.
3. Bilamana kakitangan kerajaan yang dibayar gaji dari hasil dan pendapatan rakyat berlagak sombong bilamasa berurusan dengan orang ramai.
4. Bila mengenangkan harga kereta Proton lebih murah diluar negara daripada di negara sendiri.
5. Walaupun berpuluh-puluh filem bollywood ditayangkan dengan hanya tajuk berbeza, tapi dengan plot yang sama, rentak tarian yang seiras dan pelakon-pelakon yang serupa, maseh ramai jugak yang berpusu-pusu untuk menontonnya.
6. Bilamana perempuan ditinggalkan oleh lelaki, lelaki dituduh tidak setia, tetapi bilamana perempuan meninggalkan lelaki, lelaki pulak dikatakan tidak memenuhi citarasa.
7. Bilamasa kita menanyakan status berkenaan sesuatu permohonan kepada Jabatan-Jabatan Kerajaan, jawapannya semua serupa….DALAM PROSES!
8. Bilamasa mengenangkan adat sopan santun kita untuk tidak menghabiskan juadah makanan yang dihidangkan oleh tuan rumah bila kita mengunjung walhal dari segi agama mengatakan jangan membazir!
9. Bilamasa kita terlambat untuk membayar pinjaman bank, kita akan dikenakan faedah keatas bayran tersebut, tetapi bila bank terlebih potong, kita kena tunggu sampai 4-5 bulan walaupun untuk mendapat 5 sen balik…tanpa faedah!.
10. Bilamasa kita terlambat untuk sampai ke lapangan terbang untuk check-in, kita akan didenda 25% dari tambang kapalterbang, tetapi bila penerbangan dibatalkan atau terlambat, satu benda pun kita tak dapat melainkan penat menunggu!
11. Kenapa pemilik teksi Bandaraya mengenakan tambang 50% selepas tengah malam sedangkan dibandaraya selalunya bercahaya terang (macam siang) dan kurang traffic jam pulak tu….mungkin takut kena rompak…tapi nak buat apa caj lebih pun kalau lepas tu kena rompak?
12. Bilamasa kita makan di restoran-restoran makanan segera kita dikenakan caj 10% cukai kerajaan dan 5% cukai perkhidmatan sedangkan cukai kerajaan itu adalah diatas untung syarikat dan cukai perkhidmatan tak pernah ada sebab semuanya layan sendiri?
13. Bilamana kerajaan menyarankan penggunaan ilmu IT kepada masyarakat sedangkan kakitangan kerajaan sendiri pulak tak tahu nak menggunakan e-mail ataupun komputer.
14. Bilamasa agensi-agensi Kerajaan dan Jabatan berkanun menganggap seolah-olah semua orang tahu bagaimana nak isi borang mereka yang berkajang-kajang dan membawa dokumen yang “secukupnya” bila berurusan dengan mereka.
15. Bilamasa rakyat yang belum mempunyai tanah tak pernah berjaya didalam permohonannya sedangkan orang lain yang mempunyai tanah di merata-rata tempat dengan mudah mendapat lagi.
16. Bila kita melihat di kaca televisyen bahawa pengacara-pengacara muzik semuanya beriras mat dan minah saleh dan muka-muka melayu biasa tak laku langsung.
17. Bilamana telefon bimbit yang diusung kesana kemari, walaupun tak dipakai akan dicaj sekurang-kurangnya RM60 sebulan.
18. Walaupun kita tahu bahawa rancangan gusti di tv itu hanyalah lakonan semata-mata, tapi kita masih bermaki hamun dan bersorak bagai nak rak sedangkan kita tahu kalah atau menang, kesemua pelakon-pelakon tersebut dapat duit banyak.
19. Bilamasa sesuatu “traffic jam” terjadi semasa hujan lebat hanya kerana pemandu memperlahankan kereta untuk melihat air yang berlalu deras didalam longkang.
20. Bila mendengar pengulas sukan kita boleh bersajak dan berpuitis ketika mengulas siaran langsung sesuatu acara sukan.
21. Bila kita menanyakan kawan kita alamat rumahnya. dia menjawab ” mamat@yahoo.com“.
22. Bila mengenangkan pada suatu masa dulu pemain bolasepak liga profesyenal boleh mendapat hingga RM10000 sebulan bermain bola macam budak sekolah sedangkan graduan universiti yang bertungkus lumus selama lapan belas tahun kat sekolah hingga pusat pengajian tinggi menerima gaji permulaan hanya RM1250.00 sebulan.
23. Apabila orang ramai merungut semasa gaji kakitangan kerajaan dinaikkan kerana takut harga barangan pun meningkat, tetapi tidak menyoal pulak apabila harga barangan naik tetapi gaji kakitangan kerajaan maseh ditakuk lama.
24. Apabila surat menyurat kepada Jabatan kerajaan hilang dalam perjalanan ataupun mengambil masa 4 bulan untuk dijawab.
25. Bilamasa melihat harga telefon bimbit sekarang lebih murah daripada sewa taliannya.
26. Bila komputer canggih yang kita beli hari ini dah “out-of-date” selepas sebulan dan kita pun maseh belum habis pelajari kesemuanya fungsinya.
27. Bila melihat harga baju kanak-kanak lebih mahal dari baju dewasa.
28. Bila pos laju mengambil masa seminggu untuk sampai.
29. Bilamana kita membayar RM1.20 untuk membeli surat khabar yang penuh cerita rogol, kes khalwat, serta kisah sensasi artis-artis.
30. Bila kita membeli TV 29″ tetapi hanya dapat menonton 20″ sahaja bila selebihnya dilingkungi dek iklan.
31. Bilamasa teknologi internet sekarang membolehkan seseorang membeli sayur segar menggunakan e-commerce sedangkan laman yang menawar khidmat itu terletak di California, USA.
32. Bilamasa kita demam dan ke klinik untuk berjumpa doktor, kita membayar RM30 hanya untuk sepeket pil panadol sambil diberitahu doctor yang kita ni demam.
33. Apabila kita ke kedai komputer untuk mendapatkan maklumat sesuatu komponen, jurujual menjawab “sikit jam ah…saya mau tanya tauke”.
34. Bilamasa syarikat bas mengenakan tambang yang pelik seperti RM1.75 sambil menyuruh kita menyediakan duit secukupnya sebab lebihan tidak akan dipulangkan, walaupun kita tahu kita jarang sekali menggunakan duit 5 sen.
35. Bilamasa melihat eksekutif-eksekutif maseh memakai kot dan tali leher semasa makan tengahari kat warong tepi jalan walaupun cuaca panas terik.
36. Bilamana penggemar-penggemar dan pemilik kereta bermegah dengan kereta mereka yang berkuasa besar walaupun sedar yang had laju jalanraya disini hanyalah 110km sejam.
37. Bilamasa kita melihat format pertandingan liga bolasepak negara ditukar setiap musim walaupun sedar yang tahap permainan tetap menurun.
38. Bilamasa F.A.M mencari punca terjadi pergaduhan didalam sesuatu perlawanan liga bolasepak negara sedangkan setiap pasukan diberi gelaran nama “binatang”.
39. Bilamasa pemilik kenderaan terpaksa membayar cukai jalan setiap tahun tetapi jalanraya hanya dibaiki lima tahun sekali.
40. Bilamasa artis sanggup menukarkan nama yang mak bapa berikan supaya lebih glamour.
41. Bila pemandu tidak sanggup memberi peluang pemandu lain memotong, tetapi sanggup berhenti untuk mengajak pemandu lain bergaduh ditepi jalan.
42. Bila seorang Pak Aji boleh memberikan komen terhadap kebesaran buah dada seseorang perempuan……….pelik sungguh bila melihat perempuan berjalan hanya matanya kat situ aje……
43. Bilamana pelanggan di McDonald’s membeli air “diet coke” sedangkan mereka juga membeli BigMac yang penuh lemak.
44. Bilamana pelanggan diherdik dan dimarahi apabila berurusan dengan Jabatan kerajaan kerana tidak tahu mengisi borang sedangkan Piagam Pelanggan mereka begitu puitis sekali.
47. Bilamana orang-orang muda sekarang cepat beruban.
48. Bilamana lebih ramai orang, masa kerja ponteng kehulu kehilir tapi bila lepas waktu kerja baru sibuk nak buat overtime.
49. Bilamana ramai yang memberi nasihat yang merosakkan dari nasihat yang baik.
50. Bilamana di setiap rumah murah terdapat kereta yang harganya lebih mahal.
51. Bilamana ditanya apa yang dibentang dalam belanjawan hari ini Cuma bab bonus sahaja yang hanya diingati.
52. Bilamana seseorang suami mendapat sesuatu dari isteri hanya setelah siisteri mendapat sesuatu darinya terlebih dahulu.
53. Bilamana banyak kejadian rogol atau mencabul kehormatan berlaku, masih ada yang ke tempat kerja dengan pakaian yang seksi (baju tanpa lengan dan skirt pendek nampak peha.
54. Bilamana kerajaan mengagung-agungkan MSC masih ramai rakyat buta IT, tak mampu nak membeli komputer, masih menggunakan Dail Up Modem yang terlalu lembab dan membiarkan bayaran langganan untuk ISDN yang terlalu mahal.
56. Ramai orang yang masih menghisap rokok di luar KLIA, terutamanya kakitangan KLIA sendiri, sedangkan KLIA sendiri memaparkan amaran ‘DILARANG MEROKOK’ pada setiap pintu kaca di luar KLIA.
Tapi Aiman tak kesah…………..Ada otak LU PIKIR LA SENDIRI
Posted by f@r@h at 17:28 0 comments
Saturday, May 23, 2009
wayang and makan
lama gler ak x tgk wayang..last ak tgk coming soon kat mid with dewi, nani n kawan dewi..tu pun sbb dah janji 1 day b4 tu nak tgk wayang but x sempat..then td ak tgk movie lg..night at the museum 2.kelakar gler cter tu..lg kelakar dr part 1..mmg x sia2 la bayar tiket tgk movie tu..
hbs movie sempat jalan2 jap kat jusco tu..memula gi big apple li donut..sedap gak..lembut tp agak manis..then ak menyinggah kat body shop..actually dah lama ak nak beli perfume dye tp x kesampaian..plus kebetulan td ada sale kat situ..ak dah ada perfume..ck 4 her tp botol agak besar kalo nak bawak kesana sini..
then nani siggah supermarket 4 gosery shopping yg ending nya menjadi menu special 4 dinner..lamb chop, mashed potato, spaghetti, salad, ayam golek and also some chic n beef satay..yummy..nani invite ak n mama and also lyssa..long time no see her..little bit chubby than b4 but lg bgs dr kering jer..
td ada la jugak ak terserempak with my junior ms kat mlk..forgot they name tp mmg org seremban la..1 jumpa kat wayang 1 lg jumpa kat body shop n dye x perasan pun kot even sesama berdiri kat kaunter..nevermind..
that all 4 today..tadaaa ( i miss poji so much)
Posted by f@r@h at 23:00 2 comments
Wednesday, May 20, 2009
kasih sayang..
Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar lelaki bernama kiki bertanya pada seorang cikgu bernama aida yang sedang mengajar. Ketika itu, cikgu aida tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.
Dialog diantara kiki dan cikgu aida tersebut berbunyi begini :
kiki : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macamana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu aida : Oh, kamu nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut jeye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
kiki : Baiklah...apa yang saya harus buat?
Cikgu aida : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu dan selepas itu bawa balik ke kelas.
kiki : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula kekelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Cikgu aida : Mana rumput yang cikgu suruh petik?
kiki : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang dibelakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu aida : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kitaboleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.
Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini,kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala. Sedarlah wahai insan, kasih sayang ALLAH itulah yang paling hakiki, jika kau memalingkan dirimu dari kasihNya,maka kamulah serugi-rugi manusia.
Posted by f@r@h at 21:49 0 comments
Labels: love
Tuesday, May 19, 2009
apa2 aja
yahooooooooooooooooooooooo dah hbs exam...lalalalalalala suka nya
2 3 hr nak exam hr tu ak agak rapat ngan shai..dan secara x lansung semua cerita di blkg ak yg yana duk story@mengumpat blkg ak..mcm budak 5 tahun ada gak si yana ni..duk story kat org jgn kawan ngan ak..reason??nant ak buli@kenakn dye org blk..so funny..merapu gler..semua sbb ak senyap x kata2 apa2 pasal kes ak n dye..x pe la yana org akan tau the truth..salah ak sbb x sokong dye jer but the ending x la seteruk mana pun..ak pun dah x nak involve anymore with a person who are so childish,annoying, and so ever la..and after what had happen before..i wouldn't give her any chance to talk back of me anymore..
Posted by f@r@h at 21:35 2 comments
Sunday, May 17, 2009
Friday, May 15, 2009
exam
hari ni paper kedua
mcm hampeh...frust gler ak,
dpr soalan spot tp arrrghhhhhhh
sucks!!!
Posted by f@r@h at 00:11 2 comments
Sunday, May 10, 2009
inilah ak
* Berfikiran abstrak. * Sukakan benda yang realiti dan abstrak. * Bijak dan pintar * Berpewatakan yang mudah berubah. * Mudah menawan orang lain. * Agak pendiam. * Pemalu dan rendah diri. * Jujur dan setia pada segalanya. * Keras hati untuk mencapai matlamat. * Tidak suka dikongkong. * Mudah memberontak apabila dikongkong. * Suka kegiatan yang lasak. * Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif. * Mudah mempamerkan marahnya. * Tidak suka benda yang remeh-temeh. * Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya. * Sangat berani dan suka memberontak. * Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya. * Pemerhatian yang tajam. * Suka hiburan dan sukan. * Suka benda yang bersifat seni. * Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran. * Berkecenderungan pada benda yang tahyul. * Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros. * Belajar untuk mempamerkan emosi
Posted by f@r@h at 22:22 0 comments
Saturday, May 9, 2009
relationship?friendship?love?soulmate?what is love?how we can define love?
Posted by f@r@h at 20:37 0 comments
Thursday, May 7, 2009
secara jujur nya..
Be honest no matter what, then tag at least 10 friends.
01. Who was your last text from?
Nani
02. Where was your default picture taken?
dalam keter nak gi mid
03. Your relationship status?
In relationship with poji
04. Have you ever lost a close friend?
Yes..
05. What is your current mood?
jiwa kacau
06. How many siblings do you have?
4 ...including me
07. Whats your brother(s)/sister(s) names?
boboy,dino,ajib
08. Where do you wish you were right now ?
anywhere with my bf
09. Have a crazy side?
yes..of course
10. Ever had a near death experience?
once...
11. Something you do a lot?
talking..talking..talking
12. Angry at anyone?
maybe..
13. What's stopping you from going for the person you like?
jauh nya poji...
14. When was the last time you cried?
last week??
15. Is there anyone you would do anything for?
my mom, n my lovely fren
16. What you think about when you are falling asleep?
berangan jalan2 ngan nani n poji
17. Who was the last person you talked to on the phone?
poji
18. What is your favorite song?
cinta gila
19. What are you doing right now?
finishing this note??
20. Who do you trust right now?
Allah absolutely..myself
21. Where did you get the shirt you are wearing?
ntah la..lama dah baju ni
22. Have you kissed someone in the past week?
last week...but i kissed minah just now..can include huh??
23. Who is your friend that lives closest to you?
Nani...
24. Describe your life in one word?
boring..dramatic..
25. Who are you thinking of right now?
poji...
26. What should you be doing right now?
watching tv???news
27. What are you listening to?
Cookies jar..guy class heroes
28. Who was the last person who gave you a hug?
..................
29. Who was the last person who yelled at you?
poji..in the phone
30. Do you act differently around the person you like?
nop..
31. What is your natural hair color?
hitam ler...
32. Who was the last person to make you laugh?
Nani...
33. Who was the last person to make you sad?
my bro...my fren..
34. What do you hear?
JaiHo..PCD
35. Is your hair curly or straight?
curly..
36. Has anyone ever called you "scrumptious" before
i dont think so....
37. Do you have a best friend?
yes..n i love them so much
38. Held hands with the opposite sex in the past 3 days?
nope..last 2 week ada la
39. Do you use smiley faces on the computer?
yes...:D
40. Have you ever changed clothes in a vehicle?
oh yes...ms fly dr asrama
41. Are you happy with life right now?
maybe..
42. Are you currently jealous?
jealous???ada kot
43. What jewellery are you currently wearing?
rantai dolphin
44. What were you doing on friday night?
ym with poji
45. Have you ever had your heart broken?
yess...its hurt so much..
46. Have you ever broken someone's heart?
ada kot...
47. Is there anybody you're really disappointed in right now?
yes...
48. What was the last reason you went to the doctor for?
demam panas...
49. How late did you stay up last night and why ?
4.30...siap kan keje skola
50. Have you ever dated someone longer than a year?
nop..ahaks
Posted by f@r@h at 20:45 0 comments
Tuesday, May 5, 2009
life...
dah lama ak x update blog ni..hehehe..sibuk konon nya nak siap kan assignment..tp ak x submit pun..ak dah serabut sgt..mintak tlg org ajar pun bagai nak gler dah..last2 ak mls nak submit dah..
so apa jer yg ak leh bitau kat sini erk?? 25/4 hr tu poji trn kl..ms tu ak mmg nak g kl sbb nak tunai janji ak kat nani..makan kat tony`s romas..kedai glam gler tp x seindah rupa mengikut cita rasa ak la kan..well tu la pertama kali ak rasa happy sgt bersama org yg ak syg..ak jumpa poji kat puduraya dulu br amik cab gi mid..kat sana kami mkn n jumpa dewi jap..ingat nak tgk wayang tp x sempat sbb rushing nak gi sungei wang..nak beli madu ak..gundam (freedom)..hadiah besday poji yg ak janji..pastu ak jalan kaki ke pudu..romantik lak rasanya..ahaks..love u so much b..
perjalanan hidup ak sejak kebelakangan agak biol..banyak sgt masalah..plus pressure lg..waaaaaaaa
apa yg di nant akhir nya kunjung tiba jua..huh!!nani dah 3 kali final ak br nak final next week..mula dengan paper eco dulu n database followed by system..jenuh nak pikir..study time!!!!
Posted by f@r@h at 22:44 0 comments